Khamis, 1 Januari 2015

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsi sikit pengalaman hantar anak ke Tadika As-Syakirin,Desa Jenaris.




Ni anak saya yang no 2 nama Maisarah aka kak ngah.

Mulanya nak hantar dia sekolah tadika KEMAS.Dah daftar siap2 dah.Pastu cg tadika tu kata tak tau sama ada tempat kosong lagi atau tidak sebab ramai yang daftar.Dalam hati kata kalau macam tu kena daftar jugak kat tadika lain takut2 kalau penuh KEMAS ni.

Tunggu punya tunggu perasaan saya cakap daftar jelah kat tadika as-syakirin jenaris tu.Alhamdulillah...seminggu lepas tu dapat daftarkan dia.Sampailah akhir bulan 12 2012 tiada sebarang call dari KEMAS.So,amik keputusan akn masukkan dia kat tadika jenaris tu.

Hari pertama hantar alhamdulillah takde masalah.Tengok dia ok je saya terus balik rumah tak tunggu dah.Hari yang sama dapat call dari KEMAS kata ada tempat untuk anak saya.Tapi nak buat mcm mana saya dah masukkan kat tadika as-syakirin.

Tahunpertam,5 tahun dah mula nampak sikit2 perubahan pada kak ngah.Dia boleh baca ayat kursi dan ayat seribu dinar.ALHAMDULILLAH...Bersyukur sangat.Boleh juga hafaz sikit2 surah pendek dalam al-quran.Bagi saya itu satu perkara yang sangat2 menyejukkan hati.Masa umur ni dia belum berapa lancar sangat membaca.Keputusan peperiksaan pun belum memberangsangkan.

Masuk tahun kedua,6 tahun di TADIKA AS-SYAKIRIN nampak penambahan perubahan.Dia mula pandai baca dan keputusan pun agak memberangsangkan pada peperiksaan awal tahun.Menjelang peperiksaan akhir tahun,saya bersungguh2 suruh dia belajar dan baca buku biar dapat keputusan yang cemerlang tapi tengok dia relax je.Baca buku pun kejap2 je yang lain tengok tv dan main je.Dalam hati kata pasrah je dengan keputusan peperiksaan dia.Alhamdulillah...bila keluar keputusan dia cakap dia dapat no 2.Macam tak percaya..tapi dia bila dia tunjuk result saya mengucap syukur pada Allah dengan pencapaian dia.

Pada sahabat2 yang bergelar ibubapa rasanya tak rugi kalau anda daftarkan anak2 ke tadika swasta seperti PASTI.Buktinya saya lihat sendiri pencapaian anak saya setelah 2 tahun belajar tadika ini.Tak mengapa berbelanja sikit demi pembelajaran akademik dan juga ilmu akhirat yang dicurahkan oleh guru kepada anak2 kita.

Sekian sahaja coretan dari say.Semoga kalau ada silap dan salah ayat saya dalam coretan ini harap dimaafkan kerana saya pun baru belajar taip2 blog ni..hehehehe...Wassalam...


Rabu, 24 Disember 2014

ASSALAMUALAIKUM...

NAK SHARE SIKIT..

ANANAZ ENTERPRISE YANG BERNOMBOR PENDAFTARAN SSM 002360853-H ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEWAAN DAN SERVIS MESIN PEMBANCUH SIMEN(CONCRETE MIXER) SEPERTI GAMBAR DI BAWAH NI:



SEKIRANYA ANDA ADA KONTRAKTOR  YANG BERMINAT UNTUK MENYEWA BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN EN NAZRIN 019-2828377.